Pages

Thursday, 1 May 2014

Logo Virtue Damsel

Oleh : Syafiqah Afandi



Assalamualaikom w.b.t

Alhamdolellah. Buka laptop pagi tadi terus try Photoshop memandangkan otak dah berkarat pasal ni. Lastly, dapat juga la idea untuk logo sementara VD. Insha Allah.
Alhamdolellah sekarang VD perlu menguruskan 5 projects yang juga merupakan kerjasama dengan team/NGO lain.
Doakan kami.



 Salah satu partner terbesar kami ialah team Simfoni Bicara. Pengasas TSB ialah Cik Siti Asnida Hanafi. 
Setakat ini TSB berjaya menganjurkan sebuah bengkel penulisan yang bertempat di KIAS, Kelantan.
Mohon sokongan untuk kami semua.

Moga Allah redha. Allahumma Aamiin ^^

Friday, 18 April 2014

Ayish Art



Bismillahirrahmaanirrahiim.
Perkenalkan salah seorang kartunis kami : Siti Ayesyah Durrah Han
Berikut merupakan hasil tangan beliau sendiri. 














Thursday, 17 April 2014

Program Kemahiran VD

oleh : Syafiqah Afandi 

Bismillahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikom w.b.t

Insha Allah kami dalam perancangan untuk melaksanakan sebuah program yang bertujuan untuk menggilap kemahiran pengurusan sekaligus menerapkan nilai-nilai positif yang membolehkan setiap ahli VD mempunyai kualiti seperti yang dituntut oleh Islam.
Insha Allah untuk menjadi seorang mukmin professional, setiap individu perlu dilatih dan diasah dengan pelbagai kemahiran sampingan selain mempunyai banyak ilmu pengetahuan yang bertujuan untuk menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah.
Perkara yang penting bagi memastikan kestabilan organisasi adalah dengan adanya pembahagian tugas secara terperinci.
Contohnya dalam satu kumpulan ini mempunyai 8 orang pelajar, terdapat 4 bahasa asing yang perlu dipelajari iaitu Hebrew, Spanish, German dan Arab.
Maka setiap bahasa akan mempunyai dua orang wakil pelajar untuk mempelajari bahasa tersebut.

Demikianlah pentingnya kesatuan antara satu sama lain.
So, jom amalkan solat berjemaah ! :)


Doakan kami semua agar dipermudahkan urusan.
Doakan agar niat kami sentiasa berada di atas landasan yang benar dan diredhai Allah.
Allahumma Aamiin.

May Allah ease 

Tuesday, 4 March 2014

MUJAHADAH CINTA

MUJAHADAH CINTA
oleh : Syifaa Hassan

 Dia membetulkan letak beg sandangnya di bahu.Lengan baju dibutangkan,kaca mata yang tersangkut di poket baju digosok dengan hujung tudung sebelum dipakai.Haa..baru nampak! “Aiseh!” “Putera idaman dah muncul!”dia tersengih sendiri… “Asyi,dgr tak?Asyi!!” “Haa?ape?”Huh,betul-betul tepi telinga.Dia ni la. “Kau tengok apa?”Fiqa cuba melihat apa yang menarik perhatian sahabatnya yang sanggup meminggirkan cerita ‘best’nya.huhu.. “Oh..patutla..Luthfi!”Asyi senyum.Bahagia. ‘Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..macam mana akhlak kita,fikrah kita,macam tula partner hidup kita nanti…’ Kata-kata Sir Hisyam ketika kantoi usya ‘budak tu’depan Sir.Teringat ayat sir,dia tersenyum sendiri...malu sir tahu! Aku tak layak untuk dia…dia baik.

 * * * * *

 “Eh,Asyi.kau nak pergi mana?dengan berjubah bagai ni?” “Err…masjid.” “Uish,awalnya…zohor tak masuk lagi la..bukan ni waktu tidur kau ke?” “Saje..nak murajaah..aku pergi dulu.Assalamualaikum..”Senyum. “Apehal dengan kawan aku ni?tak pernah-pernah pergi masjid..tetibe terlebih awal..siap bagi salam pulak..ajaib!” &nbs p; Pelik.Sejak akhir-akhir ini,perubahan sahabatnya itu sangat memeranjatkan.Mula-mula dia tiba-tiba pergi masjid,pastu dari semalas-malas makhluk,habis satu bilik dia kemas.Sekarang ni,puasa sunat tak pernah terlepas.Esok,lusa,Qiam pulak..mungkin.Ok,terus-terang dia sangat suka dengan perubahan tersebut.Tapi ini terlalu drastik.Asyi dah macam orang lain.Dan kenapa dia jadi macam tu?Itu yang paling penting!.Kalau kata sebab budak alim Luthfi tu…dia memang admire budak tu dari tahun lepas…sama je. “Ika,jom!”Terjengul wajah Asyi di sebalik pintu.Tetibaje. “Pergi mana?dari lepas kelas tadi aku tak nampak kau..tiba-tiba jom!”Berkerut-kerut dahi Ika.Nampak muka geram. “ Laa..kan ada tadarus petang ni..tak nak join ke?” Berlipat muka Ika mengadap Asyi.Huh!tadarus.since when? “Ika..nak pergi tak?”Muka malas.Dia tau apa yang budak depan dia ni fikir.Nak kutuk aku la tu . “Ha?aa..ok,ok..aku siap!jom!”


 * * * * * * *

 Maahad Tahfiz Sains.Sebuah sekolah yang dibina atas ilham dan hajat Tuan guru Nik Aziz dengan harapan untuk melahirkan huffaz professional.Mempunyai tiga cabang kurikulum iaitu hafazan al-quran,diniah dan akademik sains.Menerima didikan bersepadu dunia dan akhirat,pelajar-pelajar diharapkan agar mampu menghidupkan syariat islam dalam bidang professional seperti engineering,medic dan bisnes apabila melangkah ke alam kerjaya.Di sini, pelajar-pelajar didik agar berdikari dan tahan uji.Boleh dikatakan kejayaan pelajar di sini 70% bergantung kepada diri pelajar tersebut.Setiap pelajar… “Asyi,kau dah tahu?”Dan macam biasa…budak Zack ni memang tak reti bagi salam plus suka main terjah.huh!menganggu artikel aku je! “Tau apa?kau ni..” “Your hero and his Ninja turtle gang tu..baru je berjaya tangkap pencuri sekolah kita!diorang punye plan memang terbaik la..kau tahu…” “Chop,chop!kau kata aku punya hero?sapa?” “Eleh,sudah cendana,gaharu pula..siapa lagi kalau bukan Luthfi..siapa lagi yang kau admire ni?”Wajah Asyi berubah keruh.Sekarang,giliran Zack pula berkerut. “Aku…tak layak untuk dia.Aku rasa,aku kena buang dia jauh-jauh dari minda aku..so,aku harap lepas ni,korang stop bawa cerita pasal dia,stop sebut nama dia.boleh?”Tepat mata Asyi.tegas dan menakutkan.Zack telan air liur.Apehal dengan member aku ni? “Why?bukan kau memang minat dengan budak tu since kita form three?selama ni kau tak kisah pun about layak tak layak ni..” “Memang la..tapi bila fikir balik,dia mana kenal aku,aku je yang duk syok kat dia..pastu tahun depan dia dah ghaib dari sekolah ni…of course akan jumpa orang lain.I don’t want to waste my time being pungguk rindukan bulan.Aku tahu..dia terlalu jauh untuk aku gapai…huhu” “Ayat engkau..sah la..orang frust bercinta.” “Assalamualaikum..amboi,lepak berdua je?”Wawa,Fiqa dan Ira masuk bersama plastik keropok di tangan.Join the group. “Ha!bagus korang datang!. Ni dengar cerita hot ni…budak Asyi ni dah insaf.Dia…”Dan apa yang Asyi cakap diulang lagi. “Ok Asyi,aku faham cerita kau,dan aku ucapkan tahniah.Tapi aku ada soalan!”Ira angkat tangan gaya nak tanya soalan macam dalam kelas. “Nak tanya,tanya je la..tak payah la angkat tangkat bagai.Over la dia ni..”Duss.sekali mulut Wawa melakukan serangan. “Entah..tanya la.Apa?” “Biar la orang..ok,aku tanya..adakah disebabkan kecewanya tuan hamba ini yang menjadi punca tuan hamba turn 360?”Berkerut lagi dahi si Asyi. “Apa maksud kau ?” “Ala Asyi..even Ana yang jenis tak ambik tau pasal orang tu pun..perasan.Sejak akhir-akhir ni,kau dah lain.Kalau dulu orang boleh kata kau ni budak street..ponteng kelas la..ponteng masjid la.. skip tugas,itula..,ini la…tapi sekarang,kalau kau hilang,kitorang perlu cari kau kat masjid dan kelas sahaja..tak perlu meronda macam dulu dah.”Celah Fiqa.Dan satu bilik riuh dengan ketawa. “Dah..tak payah nak gelakkan aku sangat la..”Muka Asyi jelas fed up.geram jugak dapat members yang terlalu straight to the point ni. “Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.Aku nak partner hidup aku seorang yang baik…”Huh?semua terdiam.Asyi ke yang bercakap tu? “Tapi Asyi,kau bukan la budak jahat.Kau cuma nakal je.Sama la dengan kitorang.Bezanya,kitorang tak la suka ponteng.”Ketawa lagi.

 * * * * * *

 Cantik.Burung Raja Wali bertenggek atas tiang pagar.Petang macam ni,memang rugi kalau tak keluar bilik.Angin sepoi-sepoi bahasa je.Tengok sawah kat tepi sekolah ni..sangat tenang.It suppose to be that..tapi,jiwa Asyi tak setenang suasana waktu petang. “Huh!”Dia mengeluh lagi.Sejak dia bertenggek kat tangga masjid lepas asar tadi,dah berapa puluh kali dia asyik mengeluh. “Orang tak makan sambil jalan!”Sengaja dikuatkan suara agar budak-budak yang berselisih dengannya dengar. “Asyida!apa cakap macam tu?”Wawa yang berjalan di sebelah menegur.Marah sebenarnya.. “What?betul apa..tak beradab.Dah la makanan boikot!”Protes. “Betul..tapi,cara kau tu…setahu aku kau yang ajar aku hikmah.But now..?Aku ingat lagi kau warning Asma’ bila dia tegur kau pasal lambat solat dulu..konon tak berhikmah..kau rasa kau berhikmah sangat ke tadi?”Sudahnya..mereka bertengkar sampai ke kelas. “Syira,jom pergi masjid!”Elok je azan asar kedengaran,maka suara Asyi pun melaung sama. “Kau pergi la..aku..solat kat bilik kut.Badan tak sihat la..” “Alasan.Rasa dah cukup amal sampai malas berjemaah?”Pedas menusuk telinga Syira. “Apa masalah kau ni?”Asyi hanya menjongket bahu dan berlalu pergi. “Huh!”Sekali lagi dia mengeluh.Kejadian petang semalam dan waktu rehat tadi bermain lagi.Betul ke Wawa cakap aku dah berubah?Dah tak rasional macam dulu..teruk sangat ke aku ni?Ya Allah..

 * * * * * *

 “Apehal dengan member kau tu?dulu..dia yang backup aku.Kata normal kalau aku susah bangun subuh..sekarang?Dia siap perli aku lagi..sedih la camni!”Mata Ira dah bergenang mengadu kat Fiqa.Fiqa dah buat muka. “Kau cakap pasal Asyi ke?” “Yela..siapa lagi?..eh,pandai pulak kau teka.selalu fail!”Ira mengekek.Fiqa cebik.Tau la aku slow.. “Kau tau tak?masuk kau dah tujuh orang mengadu pasal dia.Kacau aku nak buat fizik!Apa dah takde orang lain ke?”Ira sengih. “Maybe sebab kau je yang macam boleh tahan dengan angin baru dia tu..?” “Huh!..aku pun tak faham la dengan budak tu..sejak dia ‘insaf’,dia macam..” “Pesimis?”Sampuk Nurul yang baru sampai dari bilik guru. “Ha!pandai!” “Aku rasa aku ada idea!”Zack yang bersama Nurul pulak mencelah. * * * * * Hairan.Apehal dengan diorang ni?Aku ada buat salah ke?.Dari pagi semalam sampai pagi hari ni,itulah ayat yang duk berulang dalam kepala Asyi.Dua,tiga hari ni,bila dia bangun subuh,bilik dah kosong.Alih-alih,roommate dia dah sampai masjid dulu.Waktu sampai sekolah,mulut kecoh cik Nurul tu hilang..tak bising bercerita macam biasa..Yang geramnya..bila dia tegur bebudak sekaki lepak time rehat tadi..langsung tak ada respon.Kesimpulannya..semalam dan hari ini..dia bersendirian.Mungkin akan berlanjutan sampai minggu depan kut.Asyi menjongket bahu.Rasa dipulaukan pun ya… “Fiqa..”Fiqa hanya berpaling sekilas mengangkat kening ‘apa?’.Kembali menunduk pada latihan kimia. “Aku ada buat salah ke?kenapa semua orang..buat aku macam tak wujud?”Suara Asyi dah berubah serak. “Tak payah nak buat sadis sangat la..selama ni,tak ada pulak kau kisah perasaan orang..main hentam ikut suka engkau je..”Belum sempat Fiqa buka mulut,Wawa dah serang dari belakang. “Apa maksud kau Wa?serius..siapa yang aku dah hentam ni?”Wajah Asyi dah berkerut.Antara confuse dan geram.Wawa mencebik.Muak! “Tak tau la aku nak cakap macam mana..tapi,sejak kau cakap pasal perempuan yang baik untuk lelaki yang baik tu..perangai kau pun dah macam Asma’ yang kau cakap budak ‘narrow minded’tu..aku pun tak faham la..apa definisi baik bagi kau sebenarnya..”Wawa mendengus. “Teruk sangat ke aku?”Tepat Asyi pandang ahli dalam bilik tersebut. “Teruk tak teruk la..tapi kalau sampai kau lempang si Bazlin sebab marah dia couple dengan Syah..tak kira melampau ke tu?”Zack yang simpan geram dari tadi,bersuara. “Aku tau kau nak orang lain pun berubah jadi baik..tapi,bukan dengan kekerasan beb!dakwah tu dengan hikmah..kau yang ajar.”Ana pulak ambil part.Pedas dalam lembut. “Aku minta maaf!”Seiring tiga patah perkataan itu,Asyi bangun keluar bilik.Bawa diri.. “Huh!”Fiqa yang diam dari tadi hanya mengeluh.Yang lain faham benar maksud keluhan tu.Keluhan lega.Akhirnya..terluah jugak.Dan masing-masing kembali dengan kerja masing-masing.Diam.Berfikir.Terbit pula rasa bersalah buat Asyi macam tadi. “Assalamualaikum!”Teacher Nora terrsenyum mesra. “Waalaikumusalam.Asyida,masuk la..ni,kenapa sedih ni?”Guru kaunseling yang sangat prihatin dan disayangi. Asyida memang rapat dengannya dari form one lagi. “Teacher…”Mendengar rengekan anak didiknya..terus dia berhenti menulis.Memberi sepenuh perhatian.Asyida pula,tanpa segan bercerita.Dari A sampai la Z.Bermula waktu dia terpaut dengan budak Luthfi,kata-kata Sir Hisyam yang mengetuk hati..sampai lah..dia kena sembur dengan member-member dia semalam.Air mata tak berhenti mengalir bila sampai part last cerita tu.Sedih kut member buat cenggitu. Teacher Nora senyum.Meniup semangat positif dalam jiwa Asyi.

“Kenapa saya jadi macam tu ya?”Luah Asyi sedikit tenang.Air mata dikesat. “Betul apa yang sir cakap.Surah An-Nur dah sebut pasal tu kan?perempuan yang keji untuk lelaki yang keji,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..kamu dah hafal kan?”Asyi hanya menggangguk. “Mungkin kamu terlalu ‘teruja’dengan ayat tu sampai kamu lupa prioriti kamu sebenar pada siapa..Kamu terlalu bercita-cita untuk dapatkan lelaki macam Luthfi buat kamu lupa nak ukur diri kamu dengan nilaian sebenar..nilaian Allah.Sepatutnya ayat tu jadi motivasi untuk kamu..bukan matlamat.Kan?”Sekali lagi Asyi menggangguk. ‘Mungkin betul apa yang teacher cakap.Memang itu yang aku pandang selama ni.Aku lupa..berubah kerana Allah,bukan kerana manusia.’ “Tapi teacher..apa pulak kaitannya dengan sikap saya yang Wawa cakap..pesimis,narrow minded..tak rasional..?” Teacher senyum lagi. “Kejutan budaya la tu..bila hakikatnya kita tak tahu pun apa sebenarnya yang Allah mahu dari kita,tapi,kita rasa kita dah dapat makna Muslim dalam diri kita.Kamu sebenarnya confuse dengan apa yang kamu fikir baik.Kesannya,kawan-kawan kamu jadi mangsa..kamu seolah-olah tak boleh tengok orang buat salah.Rasa diri sempurna..”Ayat teacher terhenti di situ.Diam.Memberi ruang untuk Asyi berfikir silapnya. “Saya faham teacher.Saya rasa..saya dah sempurna bila berubah sampaikan saya pandang orang lain semua salah..walhal..masih terlalu banyak yang perlu dibaiki.Ya Allah..”Asyi menekup wajah.Kesal di atas sikapnya sendiri. “Alhamdulillah.Tak apa,ada masa lagi untuk betulkan keadaan.Nanti minta maaf balik dengan Bazlin..” “Teacher tahu?”Hairan Asyi.Dia rasa dia tak cerita pasal tu tadi.Teacher Nora angkat kening sambil tersengih.Gaya teacher macam nak bagi tahu.. ‘Ni teacher la..’ “Happy birthday to you!Happy birthday to you..”Bergegar bilik kaunseling tiba-tiba.Asyi berpaling. “Ya Allah!”Itu je yang mampu disebut.Asyi menekup mulut.Semua ada..Ana,Wawa,Ira,Fiqa,Zack,Nurul..cukup lengkap ahli kelab lepak huru-hara bersamanya.Baru dia perasan..birthday dia hari ini.Langsung tak terfikir sebab sedih sangat kena serang semalam.

“Teacher..teacher dah berpakat dengan budak-budak senget ni ya?”Asyi memandang teacher Nora,musykil. Teacher Nora gelak. “I just wanna help!” “Thanks korang..tegur silap aku semalam..then,berpakat pulak dengan teacher buat surprise ni..ni kek ni..sape sponsor?”Asyi dah mula nak leleh. “Aku terharu ni!” “Welcome back Asyi!”Fiqa peluk belakang Asyi. “Eh,tak aci!peluk berdua je..group hug!!”Suara Zack mendapat sambutan.Enam orang serbu Asyi sekaligus.Teacher Nora tersenyum.Nakal budak-budak yang menghiburkan.Air matanya pula mengalir terharu.

Tuesday, 18 February 2014

Program Kemanusiaan ( Part 2 )

oleh : Syafiqah Afandi

Assalamualaikom w.b.t

Sambungan selingan catatan hati.
Balik kepada perbincangan saya dengan Sensei, beliau ada menceritakan kepada saya tentang sistem sokongan yang diamalkan Jepun.
Contohnya seorang ahli farmasi melakukan research berkenaan vaksin dan samplenya telah diuji dengan jayanya, pasti ahli farmasi tersebut akan terus menghasilkan vaksin itu untuk dipasarkan bagi tujuan perubatan. Apabila idea untuk menggiatkan lagi penemuan ini dicetuskan para ilmuwan daripada pelbagai bidang datang menawarkan khidmat untuk melakukan kerjasama dari segi pembuatan, pemasaran dan sebagainya.
Bagi jurutera, mereka menawarkan khidmat untuk mencipta satu machine khas untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Untuk usahawan, mereka melabur dalam perniagaan ini.
Syarikat akhbar pula menyebarkan berita tentang penemuan baru. Disebabkan ini berita tentang penemuan ini dapat dikhabarkan kepada seantero dunia dalam masa yang singkat.
Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis sokongan yang diberikan untuk memastikan produk Jepun dapat dikomersialkan di peringkat antarabangsa. Bermula dengan semangat saling bantu membantu itulah negara mereka berjaya menjulang nama contohnya dalam bidang robotic.

Bagi muslim, macam mana cara nak mantapkan ukhuwah ? Semangat bekerjasama dan saling bantu membantu ?
Ayuh ! Solat jemaah. 
Amalkan, Insha Allah segala rasa pentingkan diri sendiri dapat dikikis sedikit demi sedikit.
Ingat, dengan adanya sikap sebegini, Islam akan mundur.

Jom, jadi muslim awesome. Insha Allah !

Sharing is caring.
wallahu a3laam. 


Friday, 14 February 2014

Program Kemanusiaan

Program Kemanusiaan
Oleh : Syafiqah Afandi
khairun.alfatihin@gmail.com

Assalamualaikom w.b.t
Alhamdolellah, syukur terhadap Allah S.W.T kerana memberikan kepada kami (Crew-crew VD) kesedaran tentang perlunya kita sebagai seorang muslim menjadi peka dan cakna terhadap saudara-saudara kita yang sedang mengalami kesusahan dan menanggung beban hidup bersendirian.

* Maafkan saya, kertas kerja ini saya tulis dalam Bahasa Inggeris. Fahamkan ?

VIRTUE DAMSEL (HUMANITY SENSING)

Target : 1- Group A : Orphans, poor people, folks, students (with terms and conditions)
2- Group B : Syrians, Palestinians, ethnic Rohingya

FUNDS AND CHARITY

- Organize a campaign for charity.
* include doing selling to raise funds

-Selling old newspapers, magazines, books to recycle centre

COMMUNITY SERVICE

- Education
- Home cleaning/ home recovery

Untuk mendaftar sila klik di sini 

Selingan catatan hati :
Sebenarnya di luar sana ramai para remaja Islam yang mempunyai kebolehan dalam beberapa perkara sama ada dari segi pendidikan atau kemahiran insaniah namun semua itu terbatas dengan keadaan mereka yang kehausan wang ringgit. Bila ingin membeli buku-buku pelajaran apabila dompet dibelek tiada satu sen pun yang berbaki. Manakan tidak, kos makan minum untuk sehari sahaja sudah melebihi RM10.

Sepetang di maktabah Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, apabila saya meluru masuk saya ternampak kelibat salah seorang guru matematik yang saya kagumi lagi saya hormati iaitu Sir Aznan atau nama komersialnya ialah Sensei. Kenapa kami panggil beliau Sensei ? Beliau merupakan bekas seorang jurutera yang mempunyai lulusan daripada Jepun dan pernah bekerja di kilang pembuatan alat elektronik selama beberapa tahun di negara matahari terbit itu.
Saya menyapa beliau dan meminta izin untuk berbicara sebentar dengannya.
Banyak perkara yang saya bincang dengan beliau terutamanya berkenaan dengan I-REGOST iaitu Islamic Research Group of Science and Technology anjuran Virtue Damsel sendiri.
Jadi dipendekkan cerita beliau ada menerangkan kepada saya berkenaan sistem sokongan yang diamalkan di Jepun.

Bagaimana ??

Nantikan sambungannya pada hari lain, Insha Allah.

Thursday, 13 February 2014

Life


Tags: Life
By : Lubna Mohd Yusri

Turn you face to the sky
I want you to interpret the data of beauty
It's the roof of blue and shadows
And see that light fully wide in my vision
Oh my eyelashes sparkled with rainbow
Reddish, the danger of my mission in miracle
Purplish, is what so-called swollen heart of dance
Now I'm naming the pain, the lace of my thought twisted

I hate it when you say
You won't leave me
Because I got nothing to hold on
Am I nobody to anybody?
I hate it when you say
You can't leave me
Because I'm doing nothing impressive
Am I somebody to you?

Leave me alone
Just leave me the way it should be

I'm just a sinful little thing
No I don't know anything about my past
My brains won't work out right
It's flow like sunshine's ray
And rainbow's half
moment
I'm nothing good
Just good for nothing
Ain't it good?



Monday, 10 February 2014

Seni Senaman Teragung


Seni Senaman Teragung
oleh : Asma' Sharipuddin

Solat adalah salah satu perantaraan secara langsung antara hamba dan penciptaNya yang agung. Rasulullah S.A.W. telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam penghayatan terhadap kesenian ibadat ini dalam kehidupan seharian. Apabila baginda menghadapi ujian – ujian yang berat, baginda akan bingkas mendirikan solat menghadap kepada Allah S.W.T. Dijadikan solat ini sebagai penyejuk mata baginda sebagaimana Rasulullah S.A.W. sering mengatakan kepada Bilal b. Rabah r.a. “ىا بلال , اقم الصلاة و ارحنا بها” .Mafhumnya,”Hai Bilal ! Dirikanlah solat rehatkan (istirehatkan) kami dengannya”. Namun begitu , berapa ramai manusia sekarang ini yang betul – betul memahami maksud dan merasai keindahan ibadah ini.

Pengertian solat pada bahasa (emitologi) bererti doa,manakala dari segi syara’ (terminologi) pula,solat adalah ibadat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam dan wajib melakukannya pada waktu – waktu tertentu. Solat merupakan ibadah yang paling penting dalam rukun Islam sebagai pembuktian mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W.bersabda :” Islam ditegakkan atas lima dasar,syahadah (menyaksikan) bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah,mendirikan solat, menunaikan zakat,puasa Ramadhan,menunaikan haji ke Baitullah bagi yang mampu menunaikannya.”(HR Bukhari).

Betapa tinggi dan mulianya nilai seni senaman yang teragung ini yang mana junjungan besar,Nabi Muhammad S.A.W. menerimanya secara langsung daripada Allah S.W.T. sewaktu peristiwa Isra' Mikraj . Satu perjalanan kilat Rasulullah S.A.W. pad sebahagian malam atas kekuasaan dan kehendak Allah S.W.T. dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha ,sampai dibawah arasy Allah lalu kembali semula ke Mekkah pada malam yang sama.

Peristiwa ini memberi impak yang besar dalam membongkar keyakinan dan keimanan umat manusia kepada kekuasaan Allah S.W.T. dan kebenaran kepada kenabian Nabi Muhammad S.A.W. Itulah secebis kisah Isra' Mikraj,menggambarkan betapa besar nilai ibadah solat jika dibandingkan dengan ibadah – ibadah lain yang diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibrail alaihissalam.


Pada perspektif sains , gerakan – gerakan dalam solat memiliki satu keistimewaan yang sebanding dengan senaman badan yang betul. Ianya berfungsi menjaga struktur tubuh agar kekal menjalankan sistem dalaman dan luaran secara normal dan sekaligus mengubati penyakit atau gangguan yang biasa menimpa manusia.


Sebagai contoh , posisi ruku’ dengan meluruskan tulang belakang dan selarikan kepala dan pinggul seakan – akan tulang belakang rata dan datar seperti bumi tanah. Hasilnya , pengaruh kekuatan graviti bumi terhadap darah pada dada dan kepala hampir tidak ada. Oleh itu , kuantiti darah dalam otak kian bertambah.


Pengaliran darah yang mencukupi ke otak dapat membantu menyembuhkan sakit kepala yang diakibatkan oleh sentiasa berfikir. Keadaan ini juga dapat mengubati sakit kepala yang diakibatkan oleh penyakit jantung dan lemah jantung. Selain itu , dapat memperbaiki kekuatan pandangan dan meningkatkan penglihatan , khususnya bagi mereka yang menghadapi tekanan darah rendah dan penyakit jantung. Kadang kala terjadi kesilauan pada mata dan kekaburan penglihatan akibat daripada kekurangan pengaliran darah pada kedua – dua mata.


Lihatlah betapa seninya ciptaan anggota badan yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. Perhatikan sahaja pada pergerakan anggota – anggota badan kita , seandainya salah satu anggota badan kita mengalami implikasi seperti pembuluh darah tersumbat dan sebagainya. Keadaan ini amat menyukarkan pergerakan seharian kita walaupun mempunyai pelbagai inisiatif – inisiatif sejajar dengan teknologi masa kini.


Allah S.W.T. adalah pencipta sekaligus pemilik manusia dan alam cakerawala ini. Pastinya dia maha mengetahui penyakit atau gangguan yang sentiasa dialami oleh manusia dan cara – cara mengubatinya. Dia maha mengetahui gerakan – gerakan tubuh yang boleh dilakukan dalam aktiviti seharian manusia. Allah telah menciptakan sebuah program perlindungan yang khusus bagi melindungi kelancaran sistem tubuh badan manusia yang unik ini dan ianya dapat dimanifestasi dengan melakukan pergerakan dalam amalan solat kita dengan betul.

Akhir kalam , solat memainkan peranan yang cukup besar dalam membentuk seorang mukmin yang sihat tubuh badan dan juga dalamannya. Tidaklah , Allah S.W.T. memerintahkan hambaNya untuk melaksanakan sesuatu perintah melainkan ada hikmah disetiap suruhannya. Wahai kawan – kawan , ayuh sama – sama bangkit memperbaiki dan memperbaharui ibadah solat kita dengan sebaik – baiknya agar kebaikan yang tersirat disebalik setiap pergerakan anggota dapat dirasai.

Pengenalan Tentang AlQuran Saintifik.



Pengenalan Tentang AlQuran Saintifik.
oleh : Nurul Amni Azharan

Dalam slot ini, saya akan perkenalkan kepada anda semua tentang keajaiban saintifik yang terdapat di dalam Al Quran.

Empat belas abad yang lalu , Allah telah menurunkan al-Quran kepada umat manusia sebagai satu kitab panduan. Dari hari wahyu sehingga ke hari penghakiman, kitab suci ini akan kekal sebagai panduan utama untuk umat manusia.

Keindahan al-Quran dan kebijaksanaan unggul di dalamnya adalah bukti-bukti yang pasti bahawa ia adalah kalam Allah. Selain itu, Al-Quran mempunyai banyak sifat istimewa yang membuktikan bahawa ia adalah wahyu daripada Allah. Salah satu sifat ini adalah terdapat kebenaran fakta saintifik dalam Al Quran.Fakta saintifik yang hanya dapat dibuktikan oleh teknologi canggih marcapada rupanya telah didedahkan dalam AlQuran sejak lebih 1400 tahun dahulu.

Namun begitu, Al-Qur'an bukanlah sebuah kitab sains walaupun di dalam kandungannya terdapat banyak fakta sains. Sains meruapakan satu medium untuk umat Islam memerhati kekuasaan Allah Kadang-kadang kita boleh merasakan kasih sayang Allah hanya dengan mengamati alam sekeliling kita.

Untuk memahami keajaiban saintifik Al-Qur'an , kita perlu lihat tahap sains pada masa apabila ini kitab suci diturunkan.

Pada abad ke-7, apabila Al-Quran diturunkan, masyarakat Arab mempunyai banyak kepercayaan karut dan tidak berasas di mana isu-isu saintifik bukanlah sesuatu yang mereka titik beratkan.. Mereka kekurangan teknologi untuk mengkaji alam semesta dan alam semula jadi, Orang-orang Arab terdahulu mempercayai cerita legenda yang diwarisi dari generasi nenek moyang mereka. Contohnya mereka percaya bahawalangit yang tinggi itu disokongoleh gunung kerana Bumi mendatar dan terdapat gunung-gunung di setiap penjuru bumi supaya dapat menyokong langit agar tidak runtuh.

Walau bagaimanapun Semua Ini kepercayaan karut masyarakat Arab Adakah dihapuskan Dengan Al-Quran. Dalam Surah Sad, ayat 2 , yang berbunyi :



اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ۖ

Yang bermaksud :
Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat,.” (Ar-Ra’d: 2).


Pernahkah kita melihat gunung yang menongkat langit? Apabila berada di puncak gunung tertinggi di dunia, iaitu gunung Everest dengan ketinggian 8,848 meter dari permukaan laut, bolehkah kita menyentuh dan menolak langit? Sudah tentu tidak! Hal ini telah dibuktikan dengan Firman Allah iaitu langit tidak bertiang, bermaksud tidak ada gunung yang menongkat langit.


Begitulah hebatnya Alquran yang menjadi pegangan umat Islam ini. Oleh itu, teruskan mengkaji keajaiban kalamullah.