MUJAHADAH CINTA
oleh : Syifaa Hassan
Dia membetulkan letak beg sandangnya di bahu.Lengan baju dibutangkan,kaca mata yang tersangkut di poket baju digosok dengan hujung tudung sebelum dipakai.Haa..baru nampak! “Aiseh!” “Putera idaman dah muncul!”dia tersengih sendiri…
“Asyi,dgr tak?Asyi!!” “Haa?ape?”Huh,betul-betul tepi telinga.Dia ni la.
“Kau tengok apa?”Fiqa cuba melihat apa yang menarik perhatian sahabatnya yang sanggup meminggirkan cerita ‘best’nya.huhu.. “Oh..patutla..Luthfi!”Asyi senyum.Bahagia.
‘Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..macam mana akhlak kita,fikrah kita,macam tula partner hidup kita nanti…’ Kata-kata Sir Hisyam ketika kantoi usya ‘budak tu’depan Sir.Teringat ayat sir,dia tersenyum sendiri...malu sir tahu!
Aku tak layak untuk dia…dia baik.
* * * * *
“Eh,Asyi.kau nak pergi mana?dengan berjubah bagai ni?”
“Err…masjid.” “Uish,awalnya…zohor tak masuk lagi la..bukan ni waktu tidur kau ke?”
“Saje..nak murajaah..aku pergi dulu.Assalamualaikum..”Senyum.
“Apehal dengan kawan aku ni?tak pernah-pernah pergi masjid..tetibe terlebih awal..siap bagi salam pulak..ajaib!”
&nbs p; Pelik.Sejak akhir-akhir ini,perubahan sahabatnya itu sangat memeranjatkan.Mula-mula dia tiba-tiba pergi masjid,pastu dari semalas-malas makhluk,habis satu bilik dia kemas.Sekarang ni,puasa sunat tak pernah terlepas.Esok,lusa,Qiam pulak..mungkin.Ok,terus-terang dia sangat suka dengan perubahan tersebut.Tapi ini terlalu drastik.Asyi dah macam orang lain.Dan kenapa dia jadi macam tu?Itu yang paling penting!.Kalau kata sebab budak alim Luthfi tu…dia memang admire budak tu dari tahun lepas…sama je.
“Ika,jom!”Terjengul wajah Asyi di sebalik pintu.Tetibaje.
“Pergi mana?dari lepas kelas tadi aku tak nampak kau..tiba-tiba jom!”Berkerut-kerut dahi Ika.Nampak muka geram.
“ Laa..kan ada tadarus petang ni..tak nak join ke?” Berlipat muka Ika mengadap Asyi.Huh!tadarus.since when? “Ika..nak pergi tak?”Muka malas.Dia tau apa yang budak depan dia ni fikir.Nak kutuk aku la tu . “Ha?aa..ok,ok..aku siap!jom!”
* * * * * * *
Maahad Tahfiz Sains.Sebuah sekolah yang dibina atas ilham dan hajat Tuan guru Nik Aziz dengan harapan untuk melahirkan huffaz professional.Mempunyai tiga cabang kurikulum iaitu hafazan al-quran,diniah dan akademik sains.Menerima didikan bersepadu dunia dan akhirat,pelajar-pelajar diharapkan agar mampu menghidupkan syariat islam dalam bidang professional seperti engineering,medic dan bisnes apabila melangkah ke alam kerjaya.Di sini, pelajar-pelajar didik agar berdikari dan tahan uji.Boleh dikatakan kejayaan pelajar di sini 70% bergantung kepada diri pelajar tersebut.Setiap pelajar…
“Asyi,kau dah tahu?”Dan macam biasa…budak Zack ni memang tak reti bagi salam plus suka main terjah.huh!menganggu artikel aku
je!
“Tau apa?kau ni..” “Your hero and his Ninja turtle gang tu..baru je berjaya tangkap pencuri sekolah kita!diorang punye plan memang terbaik la..kau tahu…”
“Chop,chop!kau kata aku punya hero?sapa?”
“Eleh,sudah cendana,gaharu pula..siapa lagi kalau bukan Luthfi..siapa lagi yang kau admire ni?”Wajah Asyi berubah keruh.Sekarang,giliran Zack pula berkerut.
“Aku…tak layak untuk dia.Aku rasa,aku kena buang dia jauh-jauh dari minda aku..so,aku harap lepas ni,korang stop bawa cerita pasal dia,stop sebut nama dia.boleh?”Tepat mata Asyi.tegas dan menakutkan.Zack telan air liur.Apehal dengan member aku ni?
“Why?bukan kau memang minat dengan budak tu since kita form three?selama ni kau tak kisah pun about layak tak layak ni..”
“Memang la..tapi bila fikir balik,dia mana kenal aku,aku je yang duk syok kat dia..pastu tahun depan dia dah ghaib dari sekolah ni…of course akan jumpa orang lain.I don’t want to waste my time being pungguk rindukan bulan.Aku tahu..dia terlalu jauh untuk aku gapai…huhu”
“Ayat engkau..sah la..orang frust bercinta.”
“Assalamualaikum..amboi,lepak berdua je?”Wawa,Fiqa dan Ira masuk bersama plastik keropok di tangan.Join the group.
“Ha!bagus korang datang!. Ni dengar cerita hot ni…budak Asyi ni dah insaf.Dia…”Dan apa yang Asyi cakap diulang lagi.
“Ok Asyi,aku faham cerita kau,dan aku ucapkan tahniah.Tapi aku ada soalan!”Ira angkat tangan gaya nak tanya soalan macam dalam kelas.
“Nak tanya,tanya je la..tak payah la angkat tangkat bagai.Over la dia ni..”Duss.sekali mulut Wawa melakukan serangan.
“Entah..tanya la.Apa?”
“Biar la orang..ok,aku tanya..adakah disebabkan kecewanya tuan hamba ini yang menjadi punca tuan hamba turn 360?”Berkerut lagi dahi si Asyi.
“Apa maksud kau ?”
“Ala Asyi..even Ana yang jenis tak ambik tau pasal orang tu pun..perasan.Sejak akhir-akhir ni,kau dah lain.Kalau dulu orang boleh kata kau ni budak street..ponteng kelas la..ponteng masjid la.. skip tugas,itula..,ini la…tapi sekarang,kalau kau hilang,kitorang perlu cari kau kat masjid dan kelas sahaja..tak perlu meronda macam dulu dah.”Celah Fiqa.Dan satu bilik riuh dengan ketawa. “Dah..tak payah nak gelakkan aku sangat la..”Muka Asyi jelas fed up.geram jugak dapat members yang terlalu straight to the point ni.
“Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.Aku nak partner hidup aku seorang yang baik…”Huh?semua terdiam.Asyi ke yang bercakap tu?
“Tapi Asyi,kau bukan la budak jahat.Kau cuma nakal je.Sama la dengan kitorang.Bezanya,kitorang tak la suka ponteng.”Ketawa lagi.
* * * * * *
Cantik.Burung Raja Wali bertenggek atas tiang pagar.Petang macam ni,memang rugi kalau tak keluar bilik.Angin sepoi-sepoi bahasa je.Tengok sawah kat tepi sekolah ni..sangat tenang.It suppose to be that..tapi,jiwa Asyi tak setenang suasana waktu petang.
“Huh!”Dia mengeluh lagi.Sejak dia bertenggek kat tangga masjid lepas asar tadi,dah berapa puluh kali dia asyik mengeluh.
“Orang tak makan sambil jalan!”Sengaja dikuatkan suara agar budak-budak yang berselisih dengannya dengar.
“Asyida!apa cakap macam tu?”Wawa yang berjalan di sebelah menegur.Marah sebenarnya..
“What?betul apa..tak beradab.Dah la makanan boikot!”Protes.
“Betul..tapi,cara kau tu…setahu aku kau yang ajar aku hikmah.But now..?Aku ingat lagi kau warning Asma’ bila dia tegur kau pasal lambat solat dulu..konon tak berhikmah..kau rasa kau berhikmah sangat ke tadi?”Sudahnya..mereka bertengkar sampai ke kelas.
“Syira,jom pergi masjid!”Elok je azan asar kedengaran,maka suara Asyi pun melaung sama.
“Kau pergi la..aku..solat kat bilik kut.Badan tak sihat la..”
“Alasan.Rasa dah cukup amal sampai malas berjemaah?”Pedas menusuk telinga Syira.
“Apa masalah kau ni?”Asyi hanya menjongket bahu dan berlalu pergi.
“Huh!”Sekali lagi dia mengeluh.Kejadian petang semalam dan waktu rehat tadi bermain lagi.Betul ke Wawa cakap aku dah berubah?Dah tak rasional macam dulu..teruk sangat ke aku ni?Ya Allah..
* * * * * *
“Apehal dengan member kau tu?dulu..dia yang backup aku.Kata normal kalau aku susah bangun subuh..sekarang?Dia siap perli aku lagi..sedih la camni!”Mata Ira dah bergenang mengadu kat Fiqa.Fiqa dah buat muka.
“Kau cakap pasal Asyi ke?”
“Yela..siapa lagi?..eh,pandai pulak kau teka.selalu fail!”Ira mengekek.Fiqa cebik.Tau la aku slow..
“Kau tau tak?masuk kau dah tujuh orang mengadu pasal dia.Kacau aku nak buat fizik!Apa dah takde orang lain ke?”Ira sengih.
“Maybe sebab kau je yang macam boleh tahan dengan angin baru dia tu..?”
“Huh!..aku pun tak faham la dengan budak tu..sejak dia ‘insaf’,dia macam..”
“Pesimis?”Sampuk Nurul yang baru sampai dari bilik guru.
“Ha!pandai!”
“Aku rasa aku ada idea!”Zack yang bersama Nurul pulak mencelah.
* * * * *
Hairan.Apehal dengan diorang ni?Aku ada buat salah ke?.Dari pagi semalam sampai pagi hari ni,itulah ayat yang duk berulang dalam kepala Asyi.Dua,tiga hari ni,bila dia bangun subuh,bilik dah kosong.Alih-alih,roommate dia dah sampai masjid dulu.Waktu sampai sekolah,mulut kecoh cik Nurul tu hilang..tak bising bercerita macam biasa..Yang geramnya..bila dia tegur bebudak sekaki lepak time rehat tadi..langsung tak ada respon.Kesimpulannya..semalam dan hari ini..dia bersendirian.Mungkin akan berlanjutan sampai minggu depan kut.Asyi menjongket bahu.Rasa dipulaukan pun ya…
“Fiqa..”Fiqa hanya berpaling sekilas mengangkat kening ‘apa?’.Kembali menunduk pada latihan kimia.
“Aku ada buat salah ke?kenapa semua orang..buat aku macam tak wujud?”Suara Asyi dah berubah serak.
“Tak payah nak buat sadis sangat la..selama ni,tak ada pulak kau kisah perasaan orang..main hentam ikut suka engkau je..”Belum sempat Fiqa buka mulut,Wawa dah serang dari belakang.
“Apa maksud kau Wa?serius..siapa yang aku dah hentam ni?”Wajah Asyi dah berkerut.Antara confuse dan geram.Wawa mencebik.Muak!
“Tak tau la aku nak cakap macam mana..tapi,sejak kau cakap pasal perempuan yang baik untuk lelaki yang baik tu..perangai kau pun dah macam Asma’ yang kau cakap budak ‘narrow minded’tu..aku pun tak faham la..apa definisi baik bagi kau sebenarnya..”Wawa mendengus.
“Teruk sangat ke aku?”Tepat Asyi pandang ahli dalam bilik tersebut.
“Teruk tak teruk la..tapi kalau sampai kau lempang si Bazlin sebab marah dia couple dengan Syah..tak kira melampau ke tu?”Zack yang simpan geram dari tadi,bersuara.
“Aku tau kau nak orang lain pun berubah jadi baik..tapi,bukan dengan kekerasan beb!dakwah tu dengan hikmah..kau yang ajar.”Ana pulak ambil part.Pedas dalam lembut.
“Aku minta maaf!”Seiring tiga patah perkataan itu,Asyi bangun keluar bilik.Bawa diri..
“Huh!”Fiqa yang diam dari tadi hanya mengeluh.Yang lain faham benar maksud keluhan tu.Keluhan lega.Akhirnya..terluah jugak.Dan masing-masing kembali dengan kerja masing-masing.Diam.Berfikir.Terbit pula rasa bersalah buat Asyi macam tadi.
“Assalamualaikum!”Teacher Nora terrsenyum mesra.
“Waalaikumusalam.Asyida,masuk la..ni,kenapa sedih ni?”Guru kaunseling yang sangat prihatin dan disayangi. Asyida memang rapat dengannya dari form one lagi.
“Teacher…”Mendengar rengekan anak didiknya..terus dia berhenti menulis.Memberi sepenuh perhatian.Asyida pula,tanpa segan bercerita.Dari A sampai la Z.Bermula waktu dia terpaut dengan budak Luthfi,kata-kata Sir Hisyam yang mengetuk hati..sampai lah..dia kena sembur dengan member-member dia semalam.Air mata tak berhenti mengalir bila sampai part last cerita tu.Sedih kut member buat cenggitu.
Teacher Nora senyum.Meniup semangat positif dalam jiwa Asyi.
“Kenapa saya jadi macam tu ya?”Luah Asyi sedikit tenang.Air mata dikesat.
“Betul apa yang sir cakap.Surah An-Nur dah sebut pasal tu kan?perempuan yang keji untuk lelaki yang keji,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..kamu dah hafal kan?”Asyi hanya menggangguk.
“Mungkin kamu terlalu ‘teruja’dengan ayat tu sampai kamu lupa prioriti kamu sebenar pada siapa..Kamu terlalu bercita-cita untuk dapatkan lelaki macam Luthfi buat kamu lupa nak ukur diri kamu dengan nilaian sebenar..nilaian Allah.Sepatutnya ayat tu jadi motivasi untuk kamu..bukan matlamat.Kan?”Sekali lagi Asyi menggangguk.
‘Mungkin betul apa yang teacher cakap.Memang itu yang aku pandang selama ni.Aku lupa..berubah kerana Allah,bukan kerana manusia.’
“Tapi teacher..apa pulak kaitannya dengan sikap saya yang Wawa cakap..pesimis,narrow minded..tak rasional..?”
Teacher senyum lagi. “Kejutan budaya la tu..bila hakikatnya kita tak tahu pun apa sebenarnya yang Allah mahu dari kita,tapi,kita rasa kita dah dapat makna Muslim dalam diri kita.Kamu sebenarnya confuse dengan apa yang kamu fikir baik.Kesannya,kawan-kawan kamu jadi mangsa..kamu seolah-olah tak boleh tengok orang buat salah.Rasa diri sempurna..”Ayat teacher terhenti di situ.Diam.Memberi ruang untuk Asyi berfikir silapnya.
“Saya faham teacher.Saya rasa..saya dah sempurna bila berubah sampaikan saya pandang orang lain semua salah..walhal..masih terlalu banyak yang perlu dibaiki.Ya Allah..”Asyi menekup wajah.Kesal di atas sikapnya sendiri.
“Alhamdulillah.Tak apa,ada masa lagi untuk betulkan keadaan.Nanti minta maaf balik dengan Bazlin..”
“Teacher tahu?”Hairan Asyi.Dia rasa dia tak cerita pasal tu tadi.Teacher Nora angkat kening sambil tersengih.Gaya teacher macam nak bagi tahu.. ‘Ni teacher la..’
“Happy birthday to you!Happy birthday to you..”Bergegar bilik kaunseling tiba-tiba.Asyi berpaling.
“Ya Allah!”Itu je yang mampu disebut.Asyi menekup mulut.Semua ada..Ana,Wawa,Ira,Fiqa,Zack,Nurul..cukup lengkap ahli kelab lepak huru-hara bersamanya.Baru dia perasan..birthday dia hari ini.Langsung tak terfikir sebab sedih sangat kena serang semalam.
“Teacher..teacher dah berpakat dengan budak-budak senget ni ya?”Asyi memandang teacher Nora,musykil.
Teacher Nora gelak. “I just wanna help!”
“Thanks korang..tegur silap aku semalam..then,berpakat pulak dengan teacher buat surprise ni..ni kek ni..sape sponsor?”Asyi dah mula nak leleh. “Aku terharu ni!”
“Welcome back Asyi!”Fiqa peluk belakang Asyi.
“Eh,tak aci!peluk berdua je..group hug!!”Suara Zack mendapat sambutan.Enam orang serbu Asyi sekaligus.Teacher Nora tersenyum.Nakal budak-budak yang menghiburkan.Air matanya pula mengalir terharu.
No comments:
Post a Comment